Petua menaikkan wajah selepas bersalin

Posted on

Amik secawan beras, bersihkan dan kisar (jangan terlalu halus)

Kemudian campur beras halus dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang agak pekat.

Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka secara perlahan-lahan.

Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan ia kering sendiri.

Amalkan 3 malam berturut-turut.  Insya Allah berhasil naikkan seri wajah.

Selamat mencuba ; )

image (61)


Tips banyakkan Susu

Posted on

Assalamualaikum. Hi! Lama x menulis blog.

Sibukk la. Alasan sgt  haha

Okey la rasa nak berkongsi tentang tips menambahkan susu.

Tapi sebelum itu Ibu Ibu kene faham lebih kerap Si Manja disusukan atau lebih kerap sesi perahan susu maka lebih bnyak susu akan dihasilkan.

Kejayaan penyusuan adalah bergantung kepada kesihatan Ibu.

Ibu Ibu  yang berkemampuan boleh mengambil vitamin untuk memastikan tubuh Ibu menyusu sentiasa sihat, bertenaga cergas dan sentiasa bersemangat.

Dan yang paling penting POSITIF. Katakan “Saya mahu menyusu anak saya sehingga 2 tahun ” . ” Saya boleh”

Okey Atie share tips nak buat stok. Istimewa buat Ibu Ibu

TIPS NK BUAT STOK / BYKKN SUSU:

1) WAJIB air masak 3 liter sehari

2) WAJIB kosongkn breast 3-4 hourly. Either direct feeding or pam.

3) Power pumping at least sekali sehari. Power pumping amik masa utk bykkn susu. Boleh cuba seminggu dua tgk btambah x.

4) Tandem pumping = direct feeding sebelah, sebelah lg pam. Jimat masa n boleh kosong breast lg cpat.

5) Doa sblm bf or pam. Cth: “Ya Allah, murahkn rezeki anakku utk menyusu susu terbaik ini sehingga 2 tahun. Ameeen.”

6) Zikir “Ya Matin” wktu breastfeeding

7) Sentiasa positif yg susu cukup utk baby smpai 2 tahun

8) Jgn terlintas lgsung perkara perkara negatif. Contoh:
- Ade ke susu ni
- Hari ni sibuk. Sempat ke pam ni?
- Xde masa nk pam la rini
- baby asyik nangis ni. susu xckup ke

9) Susu badan sentiasa cukup utk baby as long as ade demand (direct feeding or pam)

10) Sentiasa bersyukur dgn hasil pam xkira banyak mana.

11) Kalau Ibu Ibu berkemampuan boleh amik Vitamin untuk memastikan tubuh Ibu Ibu sentiasa sihat, bertenaga dan sentiasa bersemangat.

image

Ikhlas,

Dari seorang Ibu untuk Ibu
Fatihah ♥♥ (68)


“Selamat jalan Tok Guru”

Posted on

Tepat jam 9.45 malam pada malam Jumaat yang sangat tenang Tok Guru Kesayangan telah kembali kepada Yang Maha Esa di rumahnya di Pulau Melaka.

Sejakk semalam seluruh rakyat menangis kerana kehilangan murabbi yangg sangat tawaduk sifatnya. Ikhlas dalam perjuangan. Allahuakbar.  Allahuakbar

Selamat jalan Tok Guru. Berehatlah dengan tenang. Kami semua pasti menyusul.

image

Al-Fatihah untuk Tok Guru

Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.

_ _ _ _ _ _

Dalam kenangan Baba dengan Tok Guru “belah mulut” Qaireen Raihanah

Syurga buatmu Tok Guru. Insya Allah Ameen Ameen.

Selamat jalan. Damailahh “di sana” (74)


Sandwich Untuk Si Comey

Posted on

Dapur Si kecil

——-

Sandwich

Bahan bahan

•Dua biji telur yang telah direbus sehingga masak (dihancurkan)

•Sedikit Mayones untuk dimasukkan ke dalam telur hancur tadi dan gaul rata

•Sedikit lada sulah jika anak suka

•Dua keping roti gandum (boleh juga menggunakan roti putih)

• Daun salad, tomato dan timun yang dihiris nipis

Cara membuat :

♥Letak pada roti bersama telur hancur tadi dan bahan bahan yg lain dan tutup dengan sekeping roti lagi. Potong kecil kecil supaya anak mudah makan.

Tadaaa dah siap,

image

Selamat mencuba ;) (71)


“DAH TERTULIS REZEKI AWAK’

Posted on

Cerita petang tadi. Benar-benar terkesan di hati saya.

Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.

Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle tu sambil tutup lubang minyak tu.. buat lambat sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.

Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.

Saya cakap ..

“ambillah akak malas nak refund ke dalam..”

Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..

Saya tanya dia, “eh apesal?”

Dia jawab dalam menahan sebak.

“Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free,”

Saya pula sedih.. saya senyum je dan cakap.

“Dah tertulis rezeki awak,”

Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah ‘banjir’ dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.

Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ..

Dan patutnya tadi saya guna debit kad, isi penuh ja.. tetapi saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah dah susun dan atur cantik2.

Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Teratur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.

Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak.

Note : sekadar iktibar buat kita semua di hari yg mulia ini. Dipetik dr group lain..

image (86)


Perbezaan Shaklee.

Posted on

Shaklee beza memang berbeza.

Shaklee terbukti berkesan selama 50. ;)

Ingat Shaklee ingat Shaklee,

1) Sentiasa Selamat

2) Sentiasa Berkesan

3) Sentiasa Mesra Alam

Jom try Vitamin Shaklee. Macam-macam ada ;)

Boleh dapatkan khidmat konsultan percuma daripada saya. Layanan istimewa daripada saya.  Insha Allah ;)

Contact us:
Fatihah (Atie) | 013 3737961

image (71)


Nutriwhite Gentle Deep Foamimg Cleanser

Posted on

Bismillahirrahmanirrahim..

Disini nak kongsi berkenaan produk kecantikan Shaklee iaitu “Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser”. Produk ini mempunyai banyak kelebihan seperti:

-Membersih dan menyegarkan kulit

-Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuangsel-sel mati dan menegangkan

-Alga hijau menyahtoksinkan dan melembapkan kulit

-Strawberi Begonis mencerahkan dan mengimbangkan pigmen

- Lembut dan menyegarkan

——-

Kita dah pakai dah 7 bulan kot. Xhabis lagi. Pakai2 skit. Jimatt, berbaloi2.

image

Tapi dah nmpak tanda2 nak habis dah tu. Hehe

——-

Untuk info dan order boleh pm @ hubungi:
Fatihah Mohd Sa’adi
sms/whatsapp: 013-3737961 (74)


4 biji Ostematrix sebelum tidur.

Posted on

image

Rutin kita sebelum tidur

Telan 4 biji Ostematrix. Ostematrix nie bagus tau untuk elakkan kaki kejang, ke lenguh2.

Ostematrix nie senang utk ditelan.

Sesuai untuk Ibu Hamil, Ibu Menyusu, Ibu dalam pantang.

Dann yang palingg bestt siapa siapa yang xsukaa minum susu tu meh amik Ostematrix sbgai pengganti susu.

Sebiji Ostematrix bersamaan 1 gelas susu tinggi kalsium tau.

Bestt ;)

Sbb tue kita sayang kalau tertinggal makan Ostematrix nie ;)

image

Nak rasaa jugaa mcm mana kita rasa perbezaan apabila mengambil Ostematrix.

Jadikan rutin sebelum tidur jom ;)

Boleh whatsapp kita,

Fatihah | 013 3737961 (95)


Kenapa Perlu Berkhatan Awal?

Posted on

Secara umumnya kita tahu yang berkhatan adalah untuk kebersihan dan ianya adalah tuntutan agama. Bila masa yang sesuai untuk berkhatan menjadi satu isu. Ada orang yang meyatakan berkhatan awal lebih baik dan sebahagianya juga umur 10-12 tahun ialah masa yang sesuai untuk berkhatan.

Mengikut statistik di USA antara 55%-65% bayi yang baru lahir akan dikhatankan dalam masa 10 hari selepas dilahirkan dan kebanyakan mereka dikhtankan dalam masa 48 jam selepas dilahirkan.(rujukan kidshealth.org). USA yang negaranya majoriti bukan ISLAM mempenyai peratus yang tinggi dalam berkhatan awal.

Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), Profesor Dr. Abdul Latiff Mohamed, berkhatan lebih awal adalah lebih baik.

Kalau dilihat trend bangsa Arab, mereka akan mengkhatankan anak mereka seawal kelahiran shingga 7 tahun. Perbuatan berkhatan itu sebenarnya untuk membersihkan kawasan sulit (selaput di kepala kemaluan lelaki) supaya najis tidak berkumpul di situ dan telah terbukti bahawa berkhatan mampu mencegah pelbagai penyakit.

“Banyak lagi kelebihan jika dilakukan awal. Prof Latiff menyatakan apabila kanak-kanak ini melalui pengalaman berkhatan lebih awal, mereka mudah melupakan traumanya memandangkan usia mereka masih muda. Kedua, pencegahan penyakit dapat dilakukan lebih awal sebagaimana saranan mencegah lebih baik daripada mengubati.

Prof Latiff menyangkal pendapat segelintir masyarakat terutamanya ibu bapa yang beranggapan berkhatan pada usia terlalu awal akan menyebabkan anak-anak cepat ghairah. Lebih menyedihkan beliau, apabila hal ini dikatakan menyumbang kepada masalah sosial yang semakin serius di kalangan remaja lelaki.

Tegas beliau, dakwaan sedemikian tidak benar malah tidak ada bukti saintifik yang dapat menyokong kesahihannya. Kalau dilihat bangsa Yahudi, mereka juga mengkhatankan anak mereka selepas kelahiran lagi.

Ada sesetengah ibu-bapa yang melihat anak mereka yang berkhatan awal mempunyai perkembangan yang memberangsangan dari aspek kematangan.

Kesimpulannya, ibu-bapa digalakkan untuk mengkhatankan anak-anak lelaki mereka seawal kelahiran hingga 7 tahun. Banyak kebaikan yang diperolehi seperti kebersihan terjaga, trauma yang hilang dengan mudah dan lebih cepat belajar sesuatu dan matang. Sekarang ini banyak klinik menawarkan perkhidmatan berkhatan awal. Tak perlu takut kerana peralatan sekarang sudah canggih.

Jadikan contoh bangsa Arab, Yahudi dan Amerika. mereka bangsa yang mempunyai otak yang bijak. Kalau siapa-siapa belajar di Universiti kalau berjumpa dengan student Arab, mesti kita dapat tahu bagaimana bijaknya pemikiran mereka. Nabi junjungan besar kita dilahirkan dengan keadaan yang sudah berkhatan. Sebab itu mereka khatankan anak mereka selepas lahir supaya dapat keberkatan.

 

 

 

(138)